Life in DRB Hicom University [Part 1]

Assalamualaikum and hi, guys. Hari ini I nak cerita sedikit pasal kehidupan di DRB Hicom pekan Pahang. I sekarang ambik courses Foundation In Engineering Semester 2 kat sini. And tak lama lagi aku semester 3. hahaha..cepatnye masa. okok. Kat DHU ini, 1 semester ade 3 bulan je. So, DHU kitorang agak cepat sikit habis berbanding Universit/ Kolej lain. Maybe ade Universiti/Kolej lain sama dengan kitorang ntahlah. So, kitorang ini kena belajar cepat tangkap. Siapa yang pandai tahniah. I memang respect siapa yang pandai and cepat tangkap. Orait.

Ini masa hari orientasi sem lepas. Ini kat Dewan Canseleri Sultan Haji Ahmad Shah





My classmates FIE. Hanya 2 perempuan sahaja. haha

This is me.πŸ˜†πŸ˜†


Yang paling bertuah dapat masuk kat DEFTECH..bukan selalu masuk situ..


Ini kat LibraryπŸ“š

Oh. Pasal makanan kat kampus. Jangan risau. Ade cafe. Koperasi pon ada juga. ATM pon ada juga. So, ape yang korang nak semua ada. Kecuali salon, kolam mandi tiada ye.



Kat kampus DHU ni ada 2 Faculty. Faculty business (FOB) and Faculty Engineering (FOE). FOB ada lab computer, lab language. FOE ada lab kimia, lab fizik, lab engineering, lab macam-macam.


Dari hostel ke kampus tak de lah jauh sangat pon. Dalam 4 minit je. Sape yang ade basikal, motor, and kereta oklah tu. Nanti lambat datang kelas pecut je. hahaha


Kat Hostel polak University Village ICAM. Kat sana tak boleh bawak periuk, extension cord, and kipas. Tapi kalau nak bawak sangat bawak jelah tapi kena sorok lah. ahahaha..kalau tak, kena rampas dengan warden. Kat sana, kalau korang nak belajar kat dhu.  Korang tak perlu risau keselamatan kat sana sebab ada guard. Oh! ada wifi juga kat sana. mesti wajib untuk student.hahaha. 



Untuk bilik polak, sini ada 5 jenis bilik. First, 1 bilik 1 katil dengan bilik air. Second, 1 bilik 1 katil tiada bilik air. Ketiga, 1 bilik 2 katil. Keempat, 1 bilik 3 katil. Kelima, 1 bilik 4 katil.

Updated


Tempat I ada tingkap. so, setiap hari I stalker orang..hahahaha..tiada keje. Yang belakang sekali tu defetch.



Orait. Kat Uv ni ada 2 wing, wing kanan and wing kiri. So, kat tengah ada comunal area. Tempat student lepak or belajar kat situ. And paling I suka, koridor ini lah tempat aku berlari. Hahaha. Mesin basuh, pengering baju and setrika dah disediakan. Tapi setrika pulak asyik memanjang je hilang. Haih. So, korang kena lah bawa setrika sendiri.

Barang ape yang perlu bawa kat sana:  untuk student intake baru [ junior ]

1. ALAT MANDI

  • berus gigi
  • ubat gigi 
  • sabun badan 
  • syampu 
  • pencuci muka
  • pencukur
  • berus badan ( jika perlu )
  • bekas letak sabun ( jika perlu )
  • bekas nak letak SEMUA alat diatas 
  • tuala mandi 


2. BARANG BASUH BAJU

  • baldi
  • sabun baju
  • fabrik pelembut baju
  • berus baju
  • bakul baju

3. BARANGAN ELEKTRIK/ELEKTRONIK/ DAPUR

Boleh bawa tapi bawah jagaan diri sendiri ye. Kadang-kadang warden kat buat sportcheck. So, gudluck ye. Sebenarnya Uv tidak benarkan bawa barangan elektronik ke dapur elektronik. Tapi klau korang berani dipersilakkan.
  • laptop
  • water heater
  • extension
  • kipas
  • printer
  • pembakar roti
  • rice cooker ( boleh bawa tapi bawah jagaan diri sendiri. terpulang pada korang nak bawa or tak)
  • multifunction cooker ( wajib bawa utk masak maggi)

4. BARANGAN LAIN
  • bantal extra
  • selimut extra
  • cermin muka
  • sikat rambut
  • minyak/gel rambut
  • hanger baju 
  • cangkuk sticker 
  • penyepit baju
  • mangkuk
  • sudu garpu
  • cawan bancuh air
  • span basuh mangkuk
  • sabun cuci pinggan
  • mangga locker
  • kepit kuku
  • perfume
  • ubat-ubatan
  • minyak angin
  • alat menjahit
  • torchlight
  • sejadah , quran , yassin

So, student intake baru dialu- alukan. Senior kat sini kebanyakkan peramah. Masuk DHU ni ade kebaikan and keburukan. Tapi korang kena bersedia hadapi cabaran nanti. Insyallah klau I ade lagi kat situ, tegur2 lah ye. Hohohoo

So, guys. aku nak tunjuk sikit video. Selamat menonton.


Okok. guys dah tengok. best tak? cantik tak pemandangan kat sana? ok. sampai sini je. I ada satu cerita untuk student kat pekan pahang..bye and see you again. Sarangae guys.πŸ™†

Updated

Comments

Unknown said…
Hai akak. Saya nk tnya pasal drb hicom ni bole minta whatapps number tak? Nk tnya pasal kos belajar kat sini
Eiphaciva said…
Etika pemakaian di sini apa ya? Macam USIM kan cuma boleh pakai baju kurung dan jubah.

Eiphaciva. Etika pemakaian di situ bebas
Anonymous said…
Nak tanya, level brape yang ade washing machine and dryer machine utk blok B?

Popular posts from this blog

Room One bedded Hostel Drb Hicom University

Life in Drb Hicom University [ Part 2 ]